Tuesday, June 7, 2016



Majlis Buffet Hidangan Melayu Tradisional Anjuran Pelajar Sijil Pengendalian Acara Semester 2 Sesi Mac 2016

Kursus Sijil Pengendalian Acara (SPA) merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di Kolej Komuniti Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak. Kursus SPA  dilaksanakan selama 16 bulan di mana setiap semester mempunyai tempoh selama 4 bulan manakala semester akhir adalah merupakan sesi Latihan Industri (LI) atau lebih mudah dikenali sebagai Latihan Sambil Kerja (LSK) Di dalam semester kedua kursus tersebut terdapat beberapa modul kursus, di antaranya seperti Pemasaran Dalam Acara, Logistik Dalam Acara, Keselamatan Dalam Acara dan juga Perkhidmatan Makanan dan Minuman Dalam Acara.

Di dalam modul Perkhidmatan Makanan dan Minuman dalam Acara, para pelajar diberi pendedahan asas jenis-jenis majlis makan, mengenal pasti tema dan konsep majlis,mengenal pasti peralatan 'Serve Gear' susun atur hidangan (tabble setting), protokol majlis dan susunan tempat duduk tetamu mengikut keutamaan status jawatan, etika melayan tetamu, para jemputan atau pelanggan. Para pelajar juga diberi pendedahan untuk menganjurkan satu majlis makan mengikut tema yang dipilih dengan dibimbing oleh pensyarah.

Majlis yang dirancang ini juga adalah merupakan latihan amali dengan suasana sebenar dengan memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk mempraktikkan segala teori yang dipelajari di dalam kelas. Kursus SPA Semester 2 Sesi Mac 2016, satu projek latihan amali telah dilaksanakan pada 23 Mei 2016 bertempat di Mockrest, jabatan Sijil Pengendalian Acara dengan penganjuran majlis makan tengahari yang bertemakan Buffet Hidangan Melayu Tradisional. Para tetamu adalah terdiri daripada para pensyarah dan juga pelajar-pelajar dari lain-lain kursus. Para pelajar SPA 2 diberi peluang untuk mempraktikkan segala pengetahuan dan kemahiran mereka bermula dari tugasan menyambut tetamu, mengiring masuk ke tempat duduk, memberi perkhidmatan menghidang makanan dan minuman dan mengiring tetamu keluar. Tetamu yang hadir pada majlis tersebut diminta memberi maklum balas terhadap majlis tersebut melaui borang maklum balas yang disediakan. ini adalah sebagai pengukur nilai tahap kepuasan tetamu terhadap penganjuran majlis tersebut melalui pelbagai kriteria. 

Adalah diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan pengalaman mengendalikan majlis tersebut dengan lebih baik bila berhadapan dengan suasana pekerjaan di luar nanti mencakupi di dalam pelbagai bidang kerjaya.