Tuesday, March 22, 2016

DI SINI KERJAYA ANDA BERMULA










Kolej Komuniti Pasir Salak Sedia Membantu

SEJARAH PENUBUHAN

Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS), Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua anggota masyarakat yang memerlukannya. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ini bermakna KKPS menyediakan kursus peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa mengira had umur bagi membantu mereka meningkatkan kualiti hidup. Kolej ini mula beroperasi pada April 2003, di kampus sementara secara menumpang di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar di Seri Iskandar, Perak. Ketika itu kolej ini bermula dengan kekuatan hanya tiga orang kakitangan yang diketuai oleh seorang pengetua dan dua orang pensyarah. Kini, KKPS telah pun berpindah ke premis tetap di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak dan kini mempunyai seramai 76 orang kakitangan. Mengikut statistik pelajar bermula dengan pelajar seramai 27 orang dan kemudian bertambah hingga mencecah seramai 415 orang. Kini, ramai bekas graduan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) telah berjaya menempa kejayaan tersendiri. Ramai di antaranya telah berjaya mendapat peluang kerjaya bersesuaian dengan bidang yang diambil. Contohnya pelajar Sijil Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS) berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta, bekerja di kedai-kedai komputer dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di politeknik dan universiti.



PENGENALAN
Ia merupakan Program Latihan Kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
·         Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
·         Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang ditawarkan.
·         Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
·         Berpeluang untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi kepada mereka yang layak.
·         Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.
·         Program ini dapat meningkatkan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat

SYARAT KELAYAKAN
·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 17 tahun ke atas (Lepasan Sekolah/ Lulusan Universiti/ Belia/ Pesara Kerajaan/ Warga Emas)
·         Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran.
·         Lepasan SPM dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.
YURAN PENGAJIAN
·         Program Sepenuh Masa -  serendah RM 200.00 untuk satu semestar (4 bulan)
TEMPOH PENGAJIAN
·         Tempoh Pengajian – 16 hingga 20 bulan
·         Pengajian dijalankan secara sepenuh masa - setiap hari (ISNIN hingga JUMAAT)

PENGAMBILAN
·         Pengambilan pada bulan MAC, JULAI dan NOVEMBER setiap tahun. Permohonan Kemasukan boleh dibuat secara ONLINE melalui laman web - http://www.jpkk.edu.my ATAU hubungi Kolej Komuniti Pasir Salak.
k

SIJIL PENGENDALIAN ACARA

Tempoh Pengajian:

    -       16 Bulan (4 Semester)

Syarat Kelayakan:

    -       Warganegara Malaysia
    -       LULUS SPM (BM & SEJARAH)

Modul Utama:

    -       Etiket dan Protokol Dalam Acara
    -       Pemasaran Dalam Pengendalian Acara
    -       Perkhidmatan Makanan dan Minuman Dalam Acara
    -       Keselamatan Dalam Acara
    -       Logistik Dalam Acara
    -       Etika Kerja Dalam Acara
    -       Khidmat Pelanggan Dalam Acara Operasi Acara

Kerjaya:

    -       Event Coordinator/ Crew
    -       Event Planner
    -       Pengacara Majlis/ TV


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
  
    -       05-6552300 (Pejabat Tadbir Pengendalian Acara) atau,
    -       012-3399964 (En. Hashim bin A. Rahim).